♥aBouT Me♥

My photo
assalamualaikum.. hello readers.. welcome to my offical blog.. selamat bergembira dan berjoget-joget kat blog ni.. sila tinggalkan jejak anda kat shoutbox tu ye.. nanti dengan gembiranya saya guling-guling dan joget-joget di blog anda..

Sunday 17 July 2011

kematian aku telah tiba?


semalam..
first time aku mimpi yang sangat menakotkan dan menggerunkan..bukan mimpi hantu or mimpi basah..
tapi aku mimpi..
KEMATIAN..
Serius aku takot sangat3..
sebab aku ingat aku memang da meninggal dunia..
Aku mimpi aku selamatkan orang yang lemas..
orang yang lemas tu aku dapat selamatkan tapi aku yang lemas sebab kaki aku kejang..
so aku tak dapat berenang..
then lama2 mata aku semakin tutup..
bila aku sedar2 aku ade kat umah aku..
aku ingat aku selamat.. 
aku duduk sebelah seseorang lelaki yang aku tak kenal..
lelaki berjubah putih dan berserban putih..
aku tengok family aku seakan-akan tak nampak aku..
aku pelik..
aku tanye kat lelaki tu..
"kenapa diorang tak nampak aku? diorang nampak kau tak?"
then lelaki yang tak aku kenali tu menggeleng kepala dia dan bagi tahu aku yang aku telah meninggal dunia dan sekarang aku adalah roh..
aku terperanjat sangat..
seolah-olah tak percaye..
aku menangis dan rasa sangat terkilan sebab tak sempat nak jumpa family aku..
yang paling aku rase gementar bila aku rase amalan aku untuk menghadapi hari akhirat sangat3 sikit..
aku banyak buat dosa mase aku hidop..
aku tak puas hidop lagi..
aku pon tanya kat lelaki tu “sempat tak aku nak bertaubat dan beribadat lagi?”
Lelaki tu menggeleng sambil bercakap “tidak! Kau telah terputus dengan dunia dan sekarang kau hanya berbekalkan amalan kau selama ni”..
tiba2 aku menggigil dan menggeletar..
aku rase sangat3 takot.
hanya Allah yang tahu..
terus aku mengucap kalimah syahadah dan berzikir banyak2 sambil menitiskan air mata..
lelaki itu bangun dari duduk dan berkata “tidak berguna lagi untuk kau berbuat begitu kerana ia tidak akan cukup untuk kau menghadap Allah kelak..mengapa kau tidak berbuat begitu semasa hayat mu?”..
selepas tu lelaki terus ghaib..
aku menangis sekuat2nya..
aku nak mintak tolong family aku tapi diorang tak nampak aku..
aku menjerit sekuat2 hati..
akhirnye aku terjage dari mimpi tu dengan dada berombak kencang..
aku rabe2 pipi aku dan cubit lengan aku..
auch! aku rase sakit..
aku tak puas hati! 
Aku berlari ke luar mencari ma aku..
then aku panggil “ma!” 
ma aku menyahut..”pe kakak?”..
ma aku pandang aku dengan muka pelik..
aku terus pelok ma aku!.. 
Alhamdulillah aku masih lagi hidop..
Ya Allah terima kasih kerana memberi aku peluang kepada aku untuk terus hidup di atas bumiMu ini dan memberi aku peluang untuk aku bertaubat dan beibadat kepadaMu..
Aku pon xtau nape aku mimpi macam tu..
mungkin Allah nak bagi petunjuk dan bagi hidayah kepada aku untuk lebih beriman kepadaNya…..sekian

Ya Allah..ampuni segala dosa hambaMu ini

thanks for reading this..
assalamualaikum...
 

No comments:

Post a Comment